ASUS Mengacah ROG Ally Baharu Berwarna Hitam

TechnologyDigital
8 May 2024 • 6:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Produk-produk yang dilancarkan ketika 1 April sukar untuk dipercayai. Tahun lepas, ASUS melakukan perkara yang cukup mengejutkan kerana ROG Ally diacah ketika April Fools tetapi bukan sebagai jenaka kerana ia adalah produk sebenar. Ketika pelancaran, ROG ally hanya hadir dengan warna putih tetapi baru-baru ini konsol mereka yang berwarna hitam telah diacah di X.

image is not available

Buat masa ini masih tidak pasti jika ini adalah model baharu dengan spesifikasi berbeza atau sekadar penawaran warna sahaja. Dengan Computex yang semakin menghampiri, terdapat khabar angin dari Videocardz yang ROG Ally baharu mungkin akan dilancarkan di acara komputer di Taiwan pada bulan Jun nanti.

image is not available
ROG Ally 2023, gambar oleh Amanz

Turut terdapat spekulasi yang ROG Ally baharu mungkin akan dijana dengan APU (CPU + GPU dalam satu cip) AMD Strix Point yang menggunakan teknologi Zen5 dan RDNA3.5 atau mungkin juga APU Ryzen Z2. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai peranti ini tidak lama lagi.