“Semua kena” – 30 Buah Kereta Tersadai Tepi Jalan, Tayar Bocor Terkena Paku Di Jalan Karak

Entertainment
30 Apr 2024 • 11:33 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru sahaja tular satu kejadian yang berlaku di Rawang, mengenai seorang lelaki cedera akibat kakinya terpijak paku ketika joging di bahu jalan.

Berlaku lagi satu kejadian pada malam tadi, tetapi kali ini di Lebuh Raya Karak di mana kira-kira 30 buah kereta tersadai kerana mengalami kebocoran pada tayar akibat terkena paku yang berterabur di atas jalan raya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @mohdfaizlatiff, kejadian berlaku di sebuah lebuh raya sebelum masuk Tol Karak pada pukul 10 malam tadi.

@mohdfaizlatif

Ada org pedajjal sebelum tol karat dekat selekoh double tu..ada paku terabur tengah jalan..hati2 semua yang lalu mlm ni 29/4/2024…hampir 30 biji tersadai tepi jln bocor tayar..dekat exit termeloh 10 biji skali dgn aku..Kerana terlalu ramai tersadai tepi jalan aku berhenti di exit termeloh

♬ original sound – Faiz Latif – Faiz Latif

Menurut pengguna TikTok itu, semua kenderaan yang lalu pada waktu tersebut mengalami nasib malang yang sama.

Katanya, pemeriksaan mendapati kesemua tayar yang bocor itu terkena jenis paku yang sama. Dia turut meluahkan rasa kesal dengan sikap pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan banyak kenderaan terkena.

@mohdfaizlatif

Replying to @nish semua bocor tayar mlm ni..paku dia semua sama..

♬ original sound – Faiz Latif – Faiz Latif

Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi berhubung kejadian berkenaan.

Melihat kejadian itu, netizen memohon pihak berkuasa untuk melakukan siasatan segera kerana perkara ini telah membahayakan ramai pengguna jalan raya.

image is not available image is not available image is not available

Mengenai kejadian yang berlaku di Rawang, difahamkan polis sedang giat menyiasat motif kewujudan paku yang dipacak di bahu jalan.

Apa motif mereka buat macam ni?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.