ASUS NUC 15 Performance Diperkenalkan – Komputer Desktop Kerdil Dengan Spesifikasi Berkuasa

TechnologyDigital
29 May 2025 • 1:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS NUC ialah komputer desktop bersaiz kerdil yang merumahkan komponen-komponen yang cukup berkuasa. ASUS telah mengambil-alih jenama tersebut daripada Intel setelah memperkenalkannya untuk beberapa tahun, dan pada tahun ini, ASUS kekal menggunakan jenama tersebut untuk penawaran komputer kerdil terbaru mereka.

image is not available

Penawaran terbaru mereka dinamakan ASUS NUC 15 Performance dan hadir dengan gabungan spesifikasi cip pemprosesan Intel Arrow Lake terbaru dan juga pilihan kad grafik komputer riba oleh Intel ataupun AMD.

image is not available

Hadir dalam rangka bersaiz 3 liter, komputer ASUS NUC ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 275HX ataupun Intel Core Ultra 7 255HX dengan sokongan untuk memori DDR5 sehingga 32GB dan storan SSD M.2 sehingga PCIe Gen5 sebesar 2TB.

image is not available

Dari segi penawaran kad grafik pula, ASUS mengatakan bahawa komputer ASUS NUC ini dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070 dan GeForce RTX 5060 ataupun kad grafik Intel Arc untuk pilihan yang lebih mampu milik.

Seperti yang anda boleh jangkakan melalui pilihan spesifikasi diatas, ASUS NUC 15 Performance ini ialah sebuah sistem barebones dimana anda perlu membeli komponen memori dan storan sendiri, dan juga sistem operasi yang perlu digunakan bersama-sama dengan komputer ini.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah ASUS akan mula menjual komputer ASUS NUC ini.