Asus ROG Phone 7: Buka Kotak dan Ulasan Ringkas

Digital
25 Apr 2023 • 11:11 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Asus meneruskan penguasaan mereka di bidang telefon pintar gaming apabila melancarkan model terbaru, ROG Phone 7 di pentas antarabangsa. Kali ini, terdapat dua carian diperkenal dalam siri ini iaitu ROG Phone 7 dan ROG Phone 7 Ultimate.

Secara ringkas, spesfikasi antara kedua-dua varian adalah serupa. Perbezaannya adalah pada bahagian belakang. ROG Phone 7 memiliki logo ROG dengan lampu RGB. Manakala varian Ultimate dilengkapi paparan ROG Vision Matrix, serta ruang pengudaraan AeroActive Portal, yang pertama kali diperkenal di ROG Phone 6D Ultimate tahun lepas.

image is not available

Kami telah diberi peluang untuk bersemuka dengan varian asas ROG Phone 7 dan ini ulasan ringkas mengenainya.

Spesifikasi ROG Phone 7

  • Pemproses: Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2
  • GPU: Qualcomm Adreno 740
  • RAM: LPDDR5X sehingga 16 GB
  • Storan: UFS4.0 sehingga 512 GB
  • Sistem Operasi: Android 13 + ROG UI
  • Paparan: Samsung AMOLED 6.78-inci, 2448×1080 piksel, 165 Hz
  • Kadar kecerahan: 1,000 nits dan kecerahan puncak 1,500 nits
  • Kaca: Corning Gorilla Glass Victus
  • Ukuran: 173 x 77x 10.4 mm
  • Berat: 239 g
  • Bateri: 6,000 mAh
  • Pengecasan pantas: 65W HyperCharge USB-C
  • Butang bahu: Pengesan Ultrasonik AirTrigger 5
  • Kamera Hadapan: 32 MP (pixel-binning 8 MP)
  • Kamera Belakang:
    • Utama 50 MP (Sensor Sony IMX766)
    • Ultra lebar 13 MP
    • Makro 5 MP
  • Speaker: Dua pembesar suara menembak ke hadapan speaker
  • Warna: Phantom Black, Storm White

image is not available
AeroActive Cooler 7 (kiri) dijual berasingan

Rupa luaran

Hanya ada sedikit perubahan di antara ROG Phone 7 dengan model sebelumnya, ROG Phone 6. Di hadapan, ia masih dengan skrin seluas 6.78-inci dengan bingkai tebal di atas dan bawah skrin untuk memuatkan dua speaker. Kamera hadapan juga masih ditempatkan di bingkai atas skrin.

image is not available

Di belakang, ada beberapa perubahan yang mungkin tidak disedari oleh pengguna biasa. Modul tiga kamera belakang berubah sedikit kedudukan. Perubahan terbesar adalah logo ROG apabila ia tidak lagi menggunakan barisan LED, sebaliknya ditukar kepada logo berlampu sahaja. Sebahagian belakang ROG Phone 7 kini dihiaskan dengan kemasan matte.

image is not available

Kedudukan dua port USB-C juga tidak berubah. Terdapat satu di bawah telefon bersama jek audio 3.5mm dan satu lagi di kiri telefon. Tetapi kini terdapat dua pin PoGo di samping port USB-C di kiri. Pin ini digunakan untuk bersambung ke kipas penyejuk AeroActive Cooler 7 bagi mengaktifkan subwoofer di dalamnya.

AeroActive Cooler 7

image is not available

Berbanding telefon pintar, AeroActive Cooler 7 boleh dikatakan peningkatan terbesar untuk ROG Phone 7. Tetapi ia dijual berasingan untuk varian asas, dan datang bersama di dalam kotak untuk varian Ultimate. Untuk menikmati prestasi tertinggi, pemilik ROG Phone 7 harus mendapatkan AeroActive Cooler 7.

Selain bilah kipas yang diperbaiki untuk mengalirkan udara lebih cekap, ia kini turut menghembus udara sejuk ke bahagian hadapan permukaan skrin. Ini sedikit sebanyak turut membantu menyejukkan jari pengguna yang menyentuh permukaan panas skrin semasa bermain game.

image is not available

Peningkatan terbaik di kipas penyejuk ini adalah penambahan subwoofer padanya. Ia menjadikan sistem bunyi 2 speaker di ROG Phone 7, kepada sistem bunyi 2.1 apabila dipasang AeroActive Cooler 7. Sambungan ini dijayakan menerusi pin Pogo di kiri telefon, bermakna fungsi subwoofer ini tidak boleh digunakan pada model lama ROG Phone.

Kesimpulan

Boleh disimpulkan, tidak banyak naik taraf dikenakan pada ROG Phone 7. Selain pemproses Snapdragon 8 Gen 2 yang baru dan perubahan kamera utama, lain-lain perkara nampak serupa sahaja dengan ROG Phone 6. Saiz dan jenis skrin yang serupa, melainkan kadar kecerahan kini lebih tinggi. Bateri, pengecas dan speaker masih sama. Butang bahu AirTrigger 5 juga tiada peningkatan.

Adakah terdapat peningkatan ketara pada ROG Phone 7 ini dan menjadikannya berbaloi untuk dibeli berbanding ROG Phone 6? Nantikan reviu kami mengenainya tidak lama lagi.

Bacaan Berkaitan