Asus sangkal berita matikan siri Zenfone, produk baharu akan tiba 2024

Digital
29 Aug 2023 • 5:40 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Asus telah menerbitkan satu kenyataan media di laman rasmi mereka. Ia berikutan tentang laporan berakhirnya siri Zenfone akibat penstrukturan semula yang berlaku dalam organisasi tersebut. Dalam kenyataan tersebut, Asus mengesahkan yang berita itu tidak benar dan mereka akan tetap meneruskan siri Zenfone disamping ROG Phone.

image is not available

Asus turut meminta peminat untuk nantikan produk-produk baharu yang akan dilancarkan dalam tahun 2024. Adakah ia melambangkan Zenfone 11 sedang dibangunkan Asus?

Nampaknya peminat telefon kompak akan terus disokong jenama ini. Itupun kalau sekuel kepada Zenfone 10 akan terus mengekalkan fizikaliti kompak seperti sekarang.

image is not available

Zenfone 10 adalah sebuah telefon kompak yang sempurna. Ia ada spesifikasi flagship seperti Snapdragon 8 Gen 2, RAM sehingga 16GB, dan storan sehingga 512GB. Panel paparan yang diberikan adalah sebesar 5.9" pada resolusi FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 144Hz.

Ia ada sepasang kamera belakang dengan sensor 50MP dan kamera ultralebar 13MP. Selfie diambil menggunakan kamera 32MP.

Pembaharuan yang dibawakan berbanding Zenfone 9 adalah kehadiran pengecasan wayarles. Bateri yang terkandung dalam badannya adalah 4,300mAh dengan sistem pengecasan pantas sehingga 30W.

Sumber: Asus

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved