ASUS berkemungkinan bakal menghentikan pengeluaran telefon siri Zenfone mereka tahun ini di bawah program penstrukturan semula syarikat yang sedang dilakukan sekarang.
Malah, telefon pintar Zenfone 10 akan menjadi yang terakhir dilancarkan. Bukan itu sahaja, selepas ini hanya siri telefon ROG Phone sahaja akan diteruskan oleh ASUS.
Tambahan, hanya ASUS satu-satunya pengeluar yang masih menawarkan telefon gaming selepas siri Lenovo Legion dan Black Shark telah dihentikan oleh pengeluar mereka.

Pada Julai yang lalu, ASUS telah memulakan langkah pengurangan tenaga kerja bahagian PC dengan terdapat kakitangan yang dipindahkan ke bahagian telefon pintar.
Sekiranya laporan ini benar, bahagian telefon pintar pula akan menjalani proses pengurangan tenaga kerja dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Siri Zenfone merupakan antara siri yang cukup diminati di Malaysia kerana ciri menarik pada perisian serta rekaan yang unik seperti Zenfone Zoom dengan sistem zum yang tinggi.
Terdahulu, Asus telah memperkenalkan telefon pintar gaming terbaru mereka yang dikemaskini iaitu Asus ROG Phone 5s.
Kredit: Technews
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Bila orang luar negara menghargai bakat besar yang ada dinegara kita.

