ASUS Sekali Lagi Berkongsi Imej Promosi Rasmi Zenfone 12 Ultra

TechnologyDigital
28 Jan 2025 • 5:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS dalam persediaan hadir dengan Zenfone 12 Ultra baharu pada 6 Februari 2025. Penambahan baharu ini boleh menjadi pengganti untuk model Zenfone 11 Ultra sebelum ini. Kini kita juga boleh melihat peranti itu akan mempunyai lubang kecil untuk kamera swafoto bersama bezel lebih nipis dan sudut tepi yang dibulatkan.

image is not available

ASUS Zenfone 12 Ultra juga telah disahkan hadir dengan kemampuan rakaman 4K dan ciri penjejakan dengan fokus terbina untuk video. Ia menjadikannya lebih baik untuk kualiti imej. Selain itu dipercayai menawarkan lebih banyak peningkatan menarik berbanding pendahulunya. Seperti biasa, sama-sama nantikan pelancaran rasminya lak bagi ketahui lebih lanjut mengenai penawaran peranti baharu ASUS ini.