Asus Vivobook S 15 dengan Snapdragon X Plus di Malaysia, harga bawah RM5,000

TechnologyDigital
5 Sep 2024 • 7:16 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Cip pemproses siri Snapdragon X kini menggoncang dunia. Di sana-sini laptop berkuasa Snapdragon X dilancarkan termasuklah Asus. Sewaktu Computex 2024 tempoh hari, mereka lancarkan Vivobook S 15 dengan Snapdragon X Elite, tapi sekarang di Malaysia Vivobook S15 juga ada dalam perisa Snapdragon X Plus pada harga lebih rendah.

image is not available

Harga dan spesifikasi Vivobook S 15 Snapdragon X Plus

Vivobook S 15 yang diperkasa Snapdragon X Plus ditawarkan dalam pasaran Malaysia pada harga RM4,899. Harganya lebih rendah berbanding harga varian Vivobook S 15 varian Snapdragon X Elite yang berada pada paras RM6,299. Namun jangan risau, kedua-duanya masih berada dalam kategori Copilot+ PC.

image is not available

Daripada segi spesifikasi, selain perbezaan cip pemproses, lain-lain spesifikasi antara dua varian adalah hampir sama. Ia masih sebuah laptop 15.6" dengan panel paparan 3K 120Hz ASUS Lumina OLED yang bergandingan dengan sistem audio Harman Kardon.

image is not available

Menemani cip pemproses terhangat masa ini itu adalah RAM 16GB LPDDR5X dan juga storan seluas 512GB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD.

Vivobook S 15 ini dilengkapi dua port USB-C (USB4) dan dua port USB-A (USB3.2), disamping 1 port HDMI 2.1 bersaiz penuh, 1slot mikro-SD, dan 1 jek audio 3.5mm. Untuk ketersambungan, ia menyokong Bluetooth 5.4 dan juga Wi-Fi 7.

image is not available

Membekalkan tenaga kepada segala kelengkapan elektronik laptop ini adalah bateri berkapasiti 70Wh yang idcas melalui USB-C menggunakan kepada 90W. Hayat bateri diiklankan sebagai melebihi 19 jam.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya, anda boleh pergi ke pengedar-pengedar rasmi Asus ataupun secara dalam talian di laman Asus, Lazada, ataupun Shopee.

Bacaan berkaitan