ASUS di CES 2024 turut melancarkan siri Zenbook Duo baharu mereka. Model tahun 2024 ini adalah UX8406 dan menjadi yang pertama di dalam dunia menyokong dwi-skrin OLED 14-inci beresolusi 3K dengan kadar segar semula 120Hz. Bukan itu sahaja, skrin ini turut boleh ditanggalkan menjadi tablet gergasi.

Skrin laptop ini digelar sebagai ASUS Lumina OLED yang diiktiraf oleh Dolby Vision, Pantone dan DisplayHDR. Engsel dwi-skrin ini boleh dibuka rata dan kedua-duanya menjadi saiz besar 19.8-inci. Skrin boleh ditanggalkan daripada papan kekunci untuk digunakan dalam pelbagai mod berbeza seperti komputer riba, dwi-skrin atau mod kongsi. Mod berbeza ini dikawal dengan ASUS ScreenXpert.

Untuk cip, ASUS memilih sehingga Intel Core Ultra 9 dengan NPU kuasa rendah untuk AI, memori mencapai 32GB RAM LPDDR5X, storan sehingga 2TB PCIe SSD, bateri 75Wh dengan pengecasan 65W dan speaker stereo Harmon/Kardon + Dolby Atmos. ZenBook Duo 2024 ini direka dalam bentuk yang nipis, tetapi masih mampu memuatkan port sambungan yang banyak.
Berikut adalah spesifikasi penuh laptop ini;
Cip, GPU, NPU Pilihan sehingga Intel Core Ultra 9 185H
Intel Arc Graphics
Dual Neural Compute Engine, AI kuasa rendahSkrin Dwi-Skrin: 2x 14-inci, 16:10 3K, ASUS Lumina OLED,
500 nits, 100% DCI-P3, DisplayHDR True Black 500, 120HzSistem Operasi Windows 11 Home / Pro Memori, Storan 32 GB LPDDR5x 7467 MHz RAM
2TB PCIe Gen 4 SSDSambungan WiFi 6E
Bluetooth 5.3Kamera FHD, IR
ASUS AiSense Camera
Windows HelloI/O 2x Thunderbolt 4 Type-C
1x USB 3.2 Gen 1 Type-A
1x HDMI 2.1
1x Port bicu audio jack 3.5mmPad sesentuh ASUS ErgoSense touchpad Audio Stereo
Smart Amplifier
Harman Kardon + Dolby AtmosBateri, Pengecasan 75Wh
65W
Buat masa ini ASUS hanya mengumumkan jualan untuk pasaran UK pada harga bermula £1,699.99 iaitu sekitar ~RM10,030. Sama-sama kita nantikan harga jualan pasaran tempatan suatu hari nanti.

- Sumber
- ASUS
