ASUS Zenbook Pro 14 OLED Kini Di Malaysia Pada Harga RM10,999

TechnologyDigital
18 Sep 2023 • 1:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS Zenbook Pro 14 OLED (UX6404) kini ditawarkan secara rasminya di Malaysia. Ia dipasarkan sebagai sebuah komputer riba berkuasa serba boleh sesuai untuk pelbagai tugas produktiviti dalam tubuh yang kompak. Anda yang berminat boleh mendapatkannya pada RM10,999 sebuah dan ketersediaan adalah bermula 19 September 2023 menerusi pengedar sah ASUS di seluruh Malaysia.

image is not available

ASUS Zenbook Pro 14 OLED dilengkapi dengan skrin OLED 2.8K (2880 x 1800) sebesar 14.5-inci yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 550nits HDR. Ini digabungkan lagi dengan CPU Intel 13th Gen Core i9-13900H, bersama sokongan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070, 32GB DDR5 RAM dan 1TB storan NVMe Gen4.

image is not available

Turut disokong adalah bateri sebesar bateri 76Wh, di samping sokongan kamera FHD dengan fungsi IR untuk menyokong Windows Hello. Pilihan I/O pula terdiri dengan 1x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 1x Thunderboltimage is not available 4, 1x HDMI 2.1 FRL, 1x bicu audio, 1x DC-in dan pembaca kad SD 4.0.