Markah Geekbench A17 Pro Menunjukkan Prestasi 44% Lebih Tinggi Berbanding Snapdragon 8 Gen 2

TechnologyDigital
14 Sep 2023 • 3:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max menggunakan cip baharu A17 Pro yang boleh menjalankan permainan tahap PC pada sebuah telefon pintar. Sehari selepas dilancarkan, markah penanda aras untuk iPhone 15 Pro telah muncul di Geekbench 6 menunjukkan peningkatan prestasi hampir 50%. Ia juga mengesahkan kelajuan pemproses mencecah 3.78GHz pada A17 Pro.

image is not available

A17 Pro mencatatkan 2908 markah dalam ujian satu teras dan 7238 markah dalam ujian multi-teras. Apabila dibandingkan dengan markah S23 Ultra degan Snapdragon 8 Gen 2 iaitu 2015 satu teras dan 5294 multi teras, A17 Pro mencatatkan markah 44.3% lebih tinggi dalam satu teras dan 36.7% dalam multi teras.

Apabila dibandingkan pula dengan A16 Bionic (2641/6989) peningkatan pula adalah 10.1% dalam satu teras dan 3.6% dalam multi teras. Kemampuan A16 Bionic masih lagi cukup tinggi berbanding Snapdragon 8 Gen 2. Maka oleh sebab inilah ia ditawarkan semula pada iPhone 15 dan 15 Plus tahun ini.