Aswara kembali anjur FFVPM, 177 penyertaan dari 35 institusi

LocalMovie
4 Nov 2026 • 3:22 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

FFVPM

KUALA LUMPUR- Selepas empat tahun tidak dianjurkan, Festival Film Video Pelajar Malaysia (FFVPM) kembali menerusi ediki ke-14 (FFVPM14) dengan menghimpunkan 177 penyertaan daripada 35 institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah seluruh negara.

Dianjurkan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), festival itu berlangsung pada 12 hingga 13 November ini di Dewan Kuliah Utama dan Panggung Eksperimen ASWARA.

Mengangkat slogan ‘Manifestasi Madani, Mahakarya Gergasi’, FFVPM14 mempertandingkan 22 kategori termasuk dua kategori kkas bagi mengiktiraf kreativiti dan bakat baharu dalam bidang perfileman serta penghasilan karya audiovisual.

Lebih menarik, malam kemuncak festival itu turut dimeriahkan kehadiran beberapa alumni ASWARA yang kini mencipta nama dalam industri kreatif tanah air, antaranya kumpulan Floor 88, Amirul Affendi, Ariff Zirkarnain, Aiman Arif, Zulin Aziz dan Kai Hassan.Pengarah filem Baga dan 1 Cent Thief, Aiman Arif turut dijemput sebagai penyampai trofi.

Rektor ASWARA, Datuk ‘Ainu Sham Haji Ramli berkata, penganjuran semula festival itu bertujuan menyediakan platform semula festival itu bertujuan menyediakan platform kepada generasi muda untuk mengetengahkan kreativiti, meneroka pendekatan penceritaan dan memperlihatkan potensi dalam penghasilan karya audiovisual.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib menyifatkan FFVPM sebagai wadah penting untuk mencungkil serta mengasah bakat baharu dalam bidang perfileman.

Malam kemuncak FFVPM14 akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi ASWARA dan FINAS pasa 13 November ini, dari pukul 8.30 hingga 10.30 malam. Televisyen Malaysia (RTM), video pendek terbaik daripada 22 kategori pertandingan turut berpeluang disiarkan menerusi platform RTM Klik.

The post Aswara kembali anjur FFVPM, 177 penyertaan dari 35 institusi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved