“Asyik aku je kena cuti!” – Individu Kongsi Cara Berkesan Elak Adik Beradik Lari Tanggungjawab Jaga Mak Ayah

Entertainment
7 Sep 2022 • 12:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi tanggungjawab setiap anak untuk menjaga kebajikan ibu bapa agar mereka sentiasa terjamin dari segi kesihatan mereka. Anak juga seharusnya membalas jasa atas pergorbanan kedua-dua mereka yang telah berpenat-lelah membesarkan kita sejak lahir lagi.

Namun, ada juga daripada komuniti kita yang seperti lari daripada tanggungjawab mengendahkan kebajikan ibu bapa. Ada juga yang bertindak lepas tangan menghantar mereka ke rumah kebajikan orang tua.

Namun, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan individu berkongsi cara yang terbaik dilakukan untuk adik beradik terhadap ibu bapa.

Kongsi cara berkesan elak adik beradik lari tanggungjawab jaga mak ayah

Sebuah hantaran telah dikongsikan di laman Facebook yang memaparkan tangkap layar mengenai cara pengurusan yang terbaik demi mengelakkan setiap adik beradiknya lepas tangan daripada menjaga kebajikan ibu bapa mereka.

image is not available

Menurut hantaran itu, individu mengatakan bahawa dia merupakan anak yang kedua daripada lima adik-beradik.

“Aku ada 5 adik, aku nombor dua. Kakak aku dah takde…”

Oleh sebab itu, dia juga telah membuat satu sistem giliran kepada adik-adiknya untuk pulang ke kampung dan menguruskan kebajikan ibu bapa mereka apabila memerlukan bantuan.

“Aku cipta satu sistem giliran untuk urusan mak ayah kami. Bila ayah mak perlukan bantuan, kalau yang empunya giliran tak boleh buat, dia wajib bayar ‘gaji’ pada ahli yang sanggup ambik giliran dia.”

Dia juga menyatakan bahawa ibu bapa adalah tanggungjawab bersama kerana mereka adalah ladang pahala buat kita semua selagi mereka masih hidup.

“Siapa saja boleh beri sejuta alasan untuk mengelak..sibuk kerja la, anak takde orang jagalah, kereta belum servislah, belum gajilah.Ahhh macam2 alasan. Sedangkan mereka berdua tu lah satu-satunya ibu bapa kita.”

“Bila tak buat sistem giliran begini, yang bujang la selalu diambil kesempatan. Kena ambik cuti sedangkan dia juga ada komitmen hutang bulanan. Tidak adil untuk dia.”

Buat sebab nak elak pergaduhan adik beradik

Dia juga menegaskan perkara tersebut dilakukan untuk mengelakkan pergaduhan antara adik beradik atas ketidakadilan.

“Dan ini bukan kes berkira perihal urusan mak ayah, Aku nak elakkan pergaduhan adik beradik atas sebab ketidakadilan. Siapa nak pahala lebih silakan buat. Tapi nak ‘lari’ dari tanggungjawab tak boleh!”

“Bila ada sistem giliran begini, tak la keluar ayat ASYIK AKU JE KENA CUTI BILA ADA HAL MAK AYAH…”

Boleh juga diikut cara ini sekiranya ada adik beradik yang lepas tanggungjawab tak nak jaga mak ayah sendiri.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.