Asyik Ditanya Bila Mahu Tambah Anak Kedua, Fazura Jawab – “Nanti Tanya Allah Ya”

Entertainment
3 Jul 2024 • 2:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, aktres Fazura dan suaminya, Fattah Amin pernah berkata mereka mempunyai perancangan untuk menambah zuriat.

Namun, peminat yang terlalu teruja kadang kala bertanya soalan yang tidak sensitif dan kerap persoal bila aktres berusia 40 tahun itu mahu menambah cahaya mata kedua.

image is not available 3 days ago

"Di Mana Fattah?" - Rumah Tangga Bersama Fattah Amin Didakwa Berantakan, Ini Respon Nur Fazura

 

Asyik kena tanya

Kerana asyik diasak soalan yang sama tentang zuriat, menerusi video di TikTok Fazura yang juga usahawan tudung itu menjawab persoalan tersebut.

Kata Fazura atau mesra dipanggil Faz, dia memang mahu menambah zuriat namun sukar untuknya memberi jawapan kerana sudah tentu semua itu adalah ketentuan Allah SWT.

Nanti tanya Allah SWT ya. Suami saya di Kelantan, macam mana lah ya nak buat baby kan?

image is not available

 

Sentiasa berdoa

Dalam pada itu, Faz juga turut berkata dia dan suami sering berdoa agar dikurniakan rezeki untuk mengandung lagi dan turut meminta orang ramai mendoakan agar urusannya dan Fattah ke arah itu dipermudah.

Menurut peminat, video yang tular di TikTok itu adalah dari rakaman ‘live’ yang berlaku pada April lalu namun menerusi ruangan komen ramai yang memanjatkan doa buat selebriti kegemaran mereka itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved