Pelakon Datin Intan Najuwa tak berlakon tahun ini bagi memenuhi permintaan suami, Datuk Ahmad Azraf Azman yang mahu aktres itu untuk duduk di rumah sahaja.
Menerusi satu InstaStory, Intan menjawab salah satu soalan daripada pengikutnya di Instagram yang bertanya bilakah drama aktres itu yang seterusnya.
Intan Najuwa tak berlakon tahun ini

“Malangnya, saya tidak akan melakukan apa-apa penggambaran untuk tahun ini sebab suami saya nak manjakan saya dan dia minta saya untuk berehat di rumah,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun itu juga berkata buat masa sekarang dia mahu memberikan fokusnya kepada perniagaan dan perkahwinannya.

“Masa saya masih bujang, saya bekerja dengan kuat. Sekarang bila dah kahwin saya sangat bersyukur sebab dah ada masa untuk berehat dan diluangkan bersama suami dan keluarga saya.
“Rutin saya sekarang hanya tidur, masak, makan, bersenam, adakan sesi kopi dan membeli-belah. Produktifnya!” selorohnya.
Sekadar info, Intan berkahwin dengan Ahmad Azraf dengan di sebuah hotel mewah di Johor pada 18 Ogos 2023 dan majlis tersebut hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
Sumber: Instagram Intan Najuwa



