Asyraf tegur Howard, jangan tafsir sendiri Al-Quran

Politics
24 Sep 2023 • 3:26 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO,  Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegur Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee Chuan How dan memintanya supaya tidak lagi mengulangi perbuatan memetik atau merujuk ayat-ayat Al-Quran dalam memberikan pandangan berkaitan politik.

Menurut Asyraf, ini bagi mengelakkan fitnah dan disalah tafsir sehingga mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan meskipun perbuatan DAP itu pernah 'dihalalkan' oleh kepimpinan PAS ketika bersama-sama dahulu.

"Terima kasih saudara Howard kerana menerima pandangan dan teguran saya secara positif," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Howard sebelum ini telah membangkitkan kemarahan pihak tertentu apabila didakwa membuat tafsiran sendiri terhadap ayat Al-Quran dan videonya tular di media sosial baru-baru ini.

Susulan itu laporan polis telah dibuat ke atasnya dan semalam polis Perak telah menyerahkan siasatan berhubung kenyataan Howard itu kepada Bukit Aman.

Sementara Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dilaporkan turut menasihati semua pihak supaya berhati-hati dalam memetik atau menukilkan ayat suci al-Quran kerana dikhuatiri menafsir ayat suci itu secara di luar konteks.

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, sebarang tafsiran terhadap ayat kitab suci itu perlu disertai dengan disiplin ilmu berkaitannya supaya ia tidak dieksploitasikan bagi kepentingan diri. - 24 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved