Asyraf Wajdi Dedah Rekod Lampau Punca Kebanyakan Kes Buli di MRSM

LocalFamily & Parenting
2 Sep 2025 • 10:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Asyraf Wajdi Dedah Rekod Lampau Punca Kebanyakan Kes Buli di MRSM

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan bahawa kebanyakan kes buli di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berpunca daripada latar belakang keluarga pelaku yang bermasalah.

Menurut beliau, rekod lampau menunjukkan ramai pembuli datang daripada keluarga yang berantakan sehingga memberi kesan kepada emosi dan psikologi mereka ketika berada di asrama.

https://www.facebook.com/100044601692003/posts/1341270177369693/?rdid=bpSqlKBGevbuIH5E#

Laksana intervensi awal, perkukuh peranan kaunselor & guru

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa pihaknya telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA untuk menyelaras gerak kerja bersepadu bersama kaunselor dan guru di MRSM.

Difahamkan, langkah ini dilakukan bagi tujuan intervensi awal dengan mengenal pasti latar belakang setiap pelajar.

Guru dan kaunselor juga digalakkan mendekati mereka dengan lebih rapat supaya proses ta‘lim (mengajar) dan ta‘adib (menyemai adab dan nilai) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta bersifat holistik.

“Ini memerlukan setiap pelajar yang ingin dibentuk difahami terlebih dahulu latar belakang mereka secara tuntas agar segala program intervensi dapat dilakukan secara lebih proaktif.

“Di MRSM seharusnya lebih mudah kerana ada sistem ‘homeroom’ di mana pelajar-pelajar punya adik-beradik angkat sesama sendiri dengan pemantauan seorang guru yang bertindak bagaikan ibu atau bapa angkat buat mereka.

“InsyaAllah, jika elemen intervensi dalam mendidik digabungkan dengan tindakan punitif (hukuman tegas jika masih berlaku buli) tanpa mengira darjat, pangkat, latar keluarga mahupun ‘connection’, rantaian buli mampu diputuskan,” kata beliau menerusi satu hantaran di Facebook.