Asyraf Wajdi persoal kenapa pimpinan PH 'sentap', 'meroyan' bila Pas sokong BN?

LocalPolitics
1 Jul 2026 • 6:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Asyraf Wajdi persoal kenapa pimpinan PH 'sentap', 'meroyan' bila Pas sokong BN?
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - UMNO mengalu-alukan sokongan dan arahan Pas kepada penyokong mereka agar memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagaimanapun berkata, apa yang menjadi persoalan adalah reaksi pimpinan Pakatan Harapan (PH).

'Seolah-olah wujud kerjasama BN-PN' - DAP Johor

"Kenapa pimpinan PH pula yang 'sentap' dan 'meroyan'?

"Dalam sistem demokrasi pilihan raya, adalah menjadi hak dan kebebasan untuk sesiapa sahaja menyokong dan mengundi calon pilihan mereka," katanya menerusi laman Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, Pas dilaporkan mengeluarkan arahan tersebut apabila Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik berkata, dirinya yakin ahli parti berkenaan memahami betapa perlunya penyatuan ummah dan Perikatan Nasional (PN) ialah wadah penyatuan tersebut.

Jumlah kerusi ditandingi Pas dalam PRN Johor ke-16 dikurangkan kepada 11 berbanding 15.

Tambah Asyraf Wajdi, sudah tentu UMNO-BN amat terbuka dan mengalu-alukan sokongan sesiapa sahaja termasuk ahli dan penyokong parti-parti lawan.

"Namun UMNO-BN akan lebih fokus mendapatkan sokongan rakyat yang berparti ataupun tidak dengan memperlihatkan pelbagai kehebatan dan kejayaan kerajaan BN di bawah Datuk Onn Hafiz sepanjang empat tahun menerajui Johor," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved