Asyraf Wajdi titip semangat, bapa pelajar cemerlang MRSM meninggal dunia- “Anggap saya ni macam ayah..”

LocalFamily & Parenting
19 Nov 2025 • 1:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bapa kepada pelajar cemerlang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Aiman, meninggal dunia akibat sakit buah pinggang kronik di Jitra, awal pagi semalam.

Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, memaklumkan Allahyarham Mohammad Nasir Mansor meninggal dunia ketika Aiman sedang melanjutkan pengajian di University of Warwick, United Kingdom (UK).

image is not available

image is not available

Asyraf Wajdi titip semangat buat pelajar cemerlang MRSM

Menurut beliau, Allahyarham pernah ditemui pada tahun lalu ketika memujuk Aiman menerima tawaran pengajian tersebut di bawah tajaan MARA.

“Semalam saya menerima khabar duka bahawa ayahanda kepada Adik Aiman, bekas pelajar cemerlang MRSM yang hidup dalam serba kekurangan, malah pernah mengambil upah membasuh baju rakan-rakan demi menampung perbelanjaan harian iaitu Allahyarham Mohammad Nasir bin Mansor, telah kembali ke rahmatullah pagi semalam di Jitra, Kedah akibat sakit buah pinggang kronik,” ujarnya.

Asyraf turut menghubungi Aiman melalui panggilan video dari Sabah bagi menyampaikan ucapan takziah serta memberikan sokongan moral.

“Anggap saya ni macam ayah. Kalau ada apa juga masalah, beritahu saya,” katanya.

image is not available

Artikel lain: MARA bantu anak pak cik balang teruskan pengajian selepas kehilangan ibu – Asyraf Wajdi

Beliau berkata UMNO Bahagian Kubang Pasu telah mewakilinya menziarahi keluarga Allahyarham dan membantu urusan pengebumian.

“Terima kasih kepada Datuk Aminuddin Omar yang telah mewakili saya menziarahi keluarga Allahyarham di Jitra serta membantu urusan pengebumian,” jelasnya.

Asyraf turut menzahirkan doa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Allahyarham, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman,” tambahnya.

Sumber: FB DR ASYRAF WAJDI DUSUKI