Atas faktor kesihatan, Shukri Ramli letak jawatan Menteri Besar Perlis

LocalPolitics
25 Dec 2025 • 6:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli, mengumumkan peletakan jawatannya atas faktor kesihatan.

“Pertamanya nak maklumkan bahawa saya diperkenan mengadap Ke Bawah Duli Tuanku tengah hari tadi dan telah menyatakan hasrat saya meletak jawatan sebagai menteri besar atas faktor kesihatan saya, seperti mana yang kita tahu tak berapa mengizinkan.
“Saya telah menyembah surat peletakan jawatan, jadi sehubungan itu saya nak merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga pentadbiran kerajaan Perlis telah memberi kerjasama yang cukup erat kepada saya dan sahabat dalam pentadbiran,” katanya.

image is not available

image is not available

Shukri Ramli letak jawatan MB Perlis

Menerusi kenyataan media, Mohd. Shukri menjelaskan peletakan jawatan itu dibuat secara sukarela dan sepenuhnya diserahkan kepada kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis untuk dipertimbangkan.

Selain itu, Mohd. Shukri juga menzahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan parti dan seluruh ahli parti yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menjalankan amanah sebagai Menteri Besar.

image is not available

Dalam pada itu, beliau turut memohon ampun dan maaf kepada semua pihak atas sebarang kekhilafan dan kekurangan sepanjang menggalas amanah menerajui pentadbiran negeri.

Beliau juga menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis, Raja Muda dan Raja Puan Muda kerana memberi peluang kepadanya mentadbir Kerajaan Negeri Perlis sepanjang tiga tahun lalu.

Sumber: FB Mohd Shukri Ramli