“Atas motor pun nak konten ke?” – Wanita Selamba Rekod Diri Sendiri Ketika Tunggang Motosikal

Entertainment
26 Sep 2024 • 5:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, zaman kini ramai yang suka membuat content sebagai kenangan atau untuk menjana pendapatan dari media sosial.

Namun, ada masanya merakam video atau mengambil gambar untuk media sosial boleh dilihat sebagai satu tindakan yang biadab malah ada ketikanya ia boleh mendatangkan bahaya.

Seperti yang tular di laman X baru-baru ini di mana seorang wanita dilihat memegang telefon pintarnya sambil menunggang motosikal.

Dari video yang tular itu, dapat dilihat wanita berkenaan sedang merakam dirinya sendiri menggunakan kamera depan, lebih mengerikan dia menunggang motosikal betul-betul di belakang sebuah lori.

Malah, dalam video itu juga wanita berkenaan dilihat meletakkan bag silangnya di bahagian belakang, jika ada yang meragut beg itu berkemungkinan besar dia boleh terjatuh dan menyebabkan kemalangan yang teruk.

“Bahaya weh!”

Tindakan wanita itu mengundang kecaman netizen, ramai yang beranggapan perbuatannya itu bukan sahaja sesuatu yang kurang bijak malah ia boleh mendatangkan kecelakaan.

image is not available

Aduhai, nasib baik takde pape jadi…

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.