“Atas Nama BLINK..” – Derma RM300 Ribu Untuk Bantu Orang Susah, Rakan Artis Kongsi Kebaikan Jennie BP

16 May 2024 • 3:37 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sean telah berkongsi kisah mengenai Jennie BLACKPINK.

Ketika ditemu bual mengenai acara maraton sumbangannya, Sean telah mendedahkan bahawa Jennie BLACKPINK telah menderma sejumlah wang yang banyak buat acara tersebut.

Katanya,

Masa Jennie dengar tentang acara ini, dia puji dan harap agar perancangan untuk bina sekolah buat anak kurang berkemampuan ini akan menjadi kenyataan. Jadi, dia telah menderma sebanyak 100 Miliion won (RM300 ribu).

Tambahnya,

Tapi, dia nak bagi derma tu atas nama kelab peminat mereka iaitu BLINK. Sebab itu, dalam sijil tersebut jelas tertulis nama Jennie dan BLINK.

image is not available

Selepas berita itu dikongsi, ianya terus mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya memuji ahli BLACKPINK tersebut.

Komen netizen,

  • Baiknya dia..
  • Dia sangat menjaga peminat dia.
  • Peminat dia dapat hadiah yang bermakna!
  • Ini adalah perbuatan yang sangat bagus!

Terharunya dengan Jennie..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.