Atas permintaan ramai, kejohanan ‘Bounce & Bingo’ MR D.I.Y. kembali untuk tahun kedua

30 May 2024 • 5:42 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Atas permintaan ramai, kejohanan ‘Bounce & Bingo’ MR D.I.Y. kembali untuk tahun kedua
Atas permintaan ramai, Kejohanan Permainan ‘Bounce & Bingo’ MR D.I.Y. kembali dalam edisi kedua, dan orang ramai dijemput untuk mengambil bahagian

Rakyat Malaysia, adakah anda bersedia untuk ‘Bounce & Bingo 2.0’? Kembali atas permintaan ramai, peruncit perkakas rumah kegemaran negara, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.], menganjurkan kembali kejohanan permainan yang paling ditunggu-tunggu, ‘Bounce & Bingo’.

Kini dalam edisi kedua, kejohanan itu menawarkan ganjaran yang lebih lumayan dengan wang tunai dan hadiah bernilai sehingga RM30,000 untuk para pemenang.

Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata, “Edisi pertama Bounce & Bingo menerima sambutan yang menggalakkan daripada para pelanggan kami. Cara permainan yang mudah, yang hanya memerlukan kerja berpasukan, kemahiran dan nasib, telah terbukti menyeronokkan buat semua. Mengambil kira permintaan para pelanggan, kami membuat keputusan untuk menganjurkannya sekali lagi. Kali ini, dengan hadiah yang lebih lumayan. Sudah pasti, kami ingin memastikan trip para pelanggan kami ke MR D.I.Y. menyeronokkan sambil mereka membeli-belah untuk barangan keperluan yang 'Always Low Prices'. Jadi, saya menjemput semua rakyat Malaysia berkunjung ke MR D.I.Y. untuk menyertai kejohanan permainan ini. Jangan lepaskan peluang untuk berseronok sambil berpeluang untuk memenangi hadiah.”

Kejohanan permainan peringkat kebangsaan ini menawarkan wang tunai menarik dan hadiah bernilai sehingga RM30,000, termasuk trofi, pingat dan baucar tunai. Juara akan menerima wang tunai RM10,000, naib juara pertama menerima wang tunai RM5,000, dan naib juara kedua menerima wang tunai RM3,000. Setiap tiga pasukan teratas juga akan menerima trofi. Selain itu, tiga belas pemenang hadiah saguhati akan menerima RM500 MR D.I.Y. baucar tunai dan pingat setiap satu. Berita baik untuk pemenang; pasukan dengan rekod keseluruhan terpantas akan diberi ganjaran wang tunai RM5,000.

Untuk bermain ‘Bounce & Bingo’, pelanggan perlu mengikuti langkah mudah ini:

Langkah 1: Bentuk pasukan dua pemain.

Langkah 2: Bergilir-gilir baling bola ping pong ke dalam bekas telur.

Langkah 3: Dapatkan Bingo. Masa akan direkodkan sebaik sahaja bingo terbentuk.

Edisi pertama 'Bounce & Bingo' peruncit menyaksikan pasangan dari Johor memenangi kejohanan sulung itu. Dibahagikan kepada dua peringkat, Peringkat Pertama kejohanan, ‘Kejohanan Peringkat Negeri,’ bertujuan mencari 16 pasukan finalis untuk mewakili setiap negeri dan wilayah persekutuan. Permainan ini, terbuka kepada semua, mempelawa para peserta untuk bertanding dari 8 hingga 9 Jun 2024 di 100 cawangan terpilih MR D.I.Y.. Pada Peringkat Dua iaitu Peringkat Akhir, 16 pasukan finalis akan bertanding di MR. D.I.Y. PLUS Mid Valley, Kuala Lumpur, untuk berpeluang menjadi juara Kejohanan Permainan 'Bounce & Bingo 2.0' MR D.I.Y..

Sempena kejohanan permainan, peruncit juga menawarkan pelanggan peluang untuk sesi praktis di 100 cawangan terpilih MR. D.I.Y. berhampiran mereka dari 31 Mei hingga 7 Jun 2024. Peserta yang berminat boleh menyertai kejohanan dari 7 hingga 9 Jun 2024.

Untuk maklumat lanjut tentang Kejohanan Permainan MR D.I.Y.: Bounce & Bingo 2.0, layari laman web, www.mrdiy.com dan laman media sosial, Facebook, Instagram, and TikTok.