Atas Permintaan Tinggi, Konsert Coldplay Akan Ditambah Sehari Lagi?

Music
24 May 2023 • 10:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang ramai ketahui, tiket konsert Coldplay: Music Of The Spheres yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November ini sudah habis terjual.

Namun, di atas permintaan yang masih tinggi, Penganjur Live Nation Malaysia tidak menolak kemungkinan konsert tersebut ditambah sehari lagi.

Pengarah urusan, Para Rajagopal bagaimanapun berkata terlalu banyak aspek perlu diambil kira bagi menunaikan impian ramai itu.

image is not available

Segalanya ada kemungkinan. Perbincangan masih berjalan mengenai banyak perkara. Kami tak boleh cakap apa-apa lagi.

Bukan itu sahaja, terdapat petisyen dalam talian untuk konsert hari kedua ditambah selepas Coldplay mengumumkan bakal adakan konsert hari kedua di Koahsiung, Taiwan.

Saya menyarankan peminat sentiasa melihat pengumuman terbaru di saluran-saluran penganjur.

image is not available

Menurutnya lagi, lebih 700,000 peminat berusaha untuk membeli tiket pada 17 Mei lalu.

Malah, tiket konsert tersebut kemudiannya habis terjual dalam tempoh tiga jam sahaja. Lapor, Berita Harian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hari lalu

(VIDEO) "Orang Yang Acah-Acah Alim Ni Semua Dia Nak Marah" - Sajat Sokong Konsert Coldplay