Tindakan jangka panjang atasi isu bekalan air: Shahelmey

24 May 2023 • 4:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah menggariskan beberapa tindakan penyelesaian jangka panjang lebih teratur bagi mengatasi isu bekalan air bersih seterusnya usaha memenuhi kapasiti permintaan air yang semakin tinggi setiap hari di seluruh negeri.

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya berkata ia juga sebagai komitmen untuk menangani isu utama dihadapi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) seperti kejadian paip bocor, paip usang, kecurian air dan kualiti sumber air mentah yang semakin merosot.

Beliau berkata tindakan penyelesaian jangka panjang itu antara lain melibatkan perancangan dan pembinaan projek Kajian Kemungkinan dan Konsep Reka Bentuk Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa III yang kini sedang di peringkat kajian konsep.

“Bagi Tawau, dua projek baharu diluluskan dalam Pelan Pusingan Ketiga melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah iaitu Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2 dan Projek Bekalan Air Luar Bandar Sistem Bekalan Air Balung dan sekitarnya,” katanya.

SPONSORED CONTENT Carlsberg’s special edition cans feature Sabah, Sarawak wonders Kota Kinabalu: Carlsberg Smooth Draught Celebrates raises its special-edition cans to Borneo with tattoo art by local artists commemorating Sabah and Sarawak’s natural wonders. Read more Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) pada persidangan DUN Sabah pada Selasa.

Mohd Shafie ingin tahu apakah langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah bekalan air di Sabah yang semakin teruk dan berleluasa lebih-lebih lagi ketika musim cuaca panas serta kering berpanjangan pada masa kini.

Mengulas lanjut, Shahelmey berkata JANS juga akan menyenaraikan cadangan pemindahan muka sauk LRA Segaliud, Sandakan ke Sungai Meliau atau Sungai Kinabatangan sebagai potensi sumber air mentah baharu.

Katanya, cadangan itu akan turut melibatkan kajian dan reka bentuk terperinci bagi menaik taraf loji air sedia ada serta pembinaan sistem saluran paip air mentah dari sumber air mentah baharu ke Empangan Betotan, Segaliud, Sandakan.

“Cadangan ini akan dimasukkan sebagai senarai keutamaan dalam Pelan Pusingan Kelima, Rancangan Malaysia Ke-12, di bawah program Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,” katanya.

Bagi mengatasi masalah bekalan air di Beaufort, Shahelmey berkata JANS telah menyenaraikan Cadangan Pembinaan Kolam Takungan Hiliran atau Off River Storage (ORS) di daerah itu dalam Pelan Pusingan Keempat, Tahun 2024, RMK12.

Bagi Sipitang pula, Shahelmey berkata Cadangan Sistem Bekalan Air Daerah Sipitang Fasa I akan dicadang dimasukkan ke dalam Projek Berimpak Tinggi melihat potensinya bagi membekalkan permintaan air terawat secara domestik dan komersial yang konsisten serta terjamin di kawasan tersebut.

JANS juga telah mencadangkan Sistem Bekalan Air Lahad Datu Fasa II di bawah Biayaan Pinjaman Mudah Persekutuan, katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.