
Sabah akan melancarkan talian hotline untuk pelancong yang menghadapi masalah perjalanan, termasuk penipuan homestay
Atasi Masalah Penipuan Homestay, Sabah Lancar Talian Hotline Kepada Pelancong. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Christina Liew akan melancarkan talian hotline untuk pelancong yang menghadapi masalah semasa melancong di Sabah, terutamanya yang melibatkan penipuan penginapan homestay.
Liew berkata talian hotline itu akan beroperasi di bawah Lembaga Pelancongan Sabah (STB). Melalui perkhidmatan ini, STB dapat menangani kebimbangan pelancong dengan segera dengan menghantar kakitangan untuk menyiasat perkara yang dilaporkan.

“Aktiviti sebegini (scammer homestay) memberi kesan kepada kami, kes sebegini akan dirujuk kepada STB. Kalau dulu kita kena tunggu polis, tapi sekarang kita akan buat hotline di STB sendiri. Kami akan mempunyai pegawai untuk menguruskan talian hotline dan menguruskan krisis atau insiden penipuan.
“Sebarang isu yang dihadapi pelancong di Sabah boleh dilaporkan kepada talian hotline ini, dan kami akan menghantar kakitangan dengan segera untuk menyiasat,” katanya menurut laporan.
Liew mengulas mengenai aktiviti penipuan atau scammer homestay yang secara terbuka mengiklankan perkhidmatan mereka di platform media sosial seperti Facebook. Polis Sabah turut mengeluarkan peringatan kepada orang ramai berkenaan scammer homestay tersebut.

