Atikah Suhaime dipuji ‘humble’, beli keperluan bayi secara dalam talian

LocalEntertainment
19 Feb 2025 • 1:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Beli keperluan bayi secara dalam talian

Nama pelakon Datin Atikah Suhaime mendapat perhatian ramai apabila dia beli keperluan bayi secara dalam talian.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Suhaime, 34, di laman TikToknya, dapat dilihat dia membuka bungkusan barangan keperluan bayi yang telah dibeli menerusi aplikasi TikTok buat tontonan umum.

Beli keperluan bayi secara dalam talian

Dalam perkongsian itu, pelakon drama Bila Hati Berbicara tersebut kelihatan gembira dengan hasil pembeliannya walaupun ada segelintir barang tidak berjenama.

“Barang yang saya beli untuk persediaan bayi nanti, apa lagi yang Tika lupa?” soalnya di ruangan kapsyen.

Beli keperluan bayi secara dalam talian

image is not available

image is not available

image is not available

Bagusnya Atikah, humble!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen puji sikap rendah diri Atikah yang berbelanja secara sederhana seperti orang biasa dalam membuat persiapan menyambut cahaya mata pertama.

image is not available image is not available image is not available

Ada segelintir wanita kongsi barang yang perlu dibeli

Dalam pada itu, ada juga segelintir golongan ibu berkongsi beberapa keperluan lain penting untuk digunakan oleh si ibu dan juga bayi.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Atikah berkahwin dengan Lokman pada Januari tahun lalu dan terbuka untuk berkongsi berkaitan kehamilannya kepada umum pada September 2024.

Sumber: TikTok @Atikah Suhaime