Beli barang bayi atas talian je! Atikah Suhaime raih pujian ramai 'kahwin dengan orang kaya, berbelanja macam orang biasa'

EntertainmentFamily & Parenting
19 Feb 2025 • 1:33 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MENITI hari untuk kelahiran puteri sulung, pelakon Datin Atikah Suhaime sempat berkongsi barangan yang dibeli untuk kegunaan dirinya dan dan bayi selepas bersalin nanti.



Menerusi perkongsian di

, antara barangan bayi yang telah dibeli Atikah seperti pakaian, lampin dan barangan mandian bayi.



Paling mencuri perhatian orang ramai adalah anak kelahiran Singapura ini hanya membeli kesemua barangan itu secara atas talian sahaja menerusi aplikasi Tiktok.



image is not available



Malah, barangan yang dibeli juga bukan jenis berjenama dan menggunakan produk yang biasa seperti yang dipakai oleh orang ramai.



Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap rendah diri beliau yang bersederhana dalam berbelanja meskipun hidup dalam keadaan mewah.



image is not available

"YA ALLAH, tika pun beli barang mandi anak pakai anakku je. Aku yang miskin hina ni kemain nak ber applecrumby bagai "

"Antara artis yang kahwin dengan orang kaya tapi still berbelanja macam orang biasa. Love sangat."

"KESEDERHANAAN ni yang buat peminat bertambah sayang....moga dpermudahkan semuanya....ibu dan baby sihat² selalu...."

"This is the real of herself. Belanja secara berhemah, bukan menunjuk-nunjuk have-have. macam ni pun sebenarnya dah ckup beryukur macam kami marhaen dapat belanja ...cmni2 pun terbang juga 1k kot but in a good way"