Atikah Suhaime Kongsi Video Jadi ‘First Time Mum’, Ada Netizen Persoal Kenapa Perut Tak Kempis

Entertainment
10 Mar 2025 • 1:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon Datin Atikah Suhaime baru-baru ini berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.

Aktres itu difahamkan bersalin secara normal di sebuah hospital swasta di Damansara dan memilih nama Lyla Mulan Teh untuk puteri sulungnya.

Pertama kali jadi seorang ibu

Dalam perkongsian terbaharunya, Atikah memberitahu dia bersalin secara induce dan mengambil epidural bagi mengelakkan trauma selepas bersalin.

Jelasnya, dia terpaksa bersalin menggunakan kaedah itu kerana sukar untuk pantau pergerakan bayinya ketika dalam kandungan.

Keputusan itu membuatkan dia berasa bersyukur kerana tidak mengalami sebarang koyakan dan berpandangan epidural sangat penting buat ibu yang bakal melahirkan anak kelak.

“Sakit dia cuma rasa nak terberak je, bila waktu nak teran dengar cakap doktor dan fokus nak berak. Waktu teran tu, doktor letakkan Tika macam posisi duduk, jangan baring.

“Alhamdulilah, sebab tak terlalu sakit, Tika boleh dengar arahan dengan tenang.

“So kalau mommy luar sana first time nak bersalin normal, for me epidural sangat penting untuk elakkan trauma dan koyak,” ujarnya.

 

Netizen tegur Atikah

Namun, di sebalik kegembiraan yang dikongsikan itu, ada pula netizen yang meninggalkan komen mempersoalkan beberapa perkara mengenai pengalaman bersalin Atikah.

Ada yang mempersoal tindakan Atikah yang memilih untuk mengambil epidural kerana mendakwa ia akan memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang.

Malah, ada juga yang menegur mengenai fizikal Atikah selepas bersalin, yang hairan mengapa badannya masih kelihatan seperti orang mengandung.

Namun, segelintir netizen menegur komen-komen negatif yang boleh memberikan kesan emosi kepada si ibu.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Maklum mengenai komen-komen tersebut, Atikah membalas dengan mengatakan dia masih berada berada di hospital dan tidak membawa sekali bengkung untuk dipakai ketika itu.

image is not available

Daripada komen yang buruk-buruk, kan bagus bagi semangat kepada si ibu. Apapun, beri ruang kepada Atikah berpantang secara tenang.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.