Atikah Suhaime selamat bersalin, pilih nama Lyla Mulan Teh untuk puteri sulung

LocalEntertainment
8 Mar 2025 • 7:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Atikah Suhaime selamat bersalin

Pelakon cantik, Atikah Suhaime selamat bersalin anak pertama apabila berkongsi khabar gembira terbabit di media sosial.

Menerusi hantaran Atikah atau nama sebenarnya, Datin Nur Atikah Mohd Suhaime, 34 di Instagram, dia telah meluahkan rasa syukur ke atas kelahiran tersebut.

Instagram will load in the frontend.

Atikah Suhaime selamat bersalin anak perempuan

Dalam pada itu, dia juga sempat memuji kecantikan puteri sulungnya sambil memangku bayi yang baru sahaja dilahirkan.

“Alhamdulillah. Anak mami yang cantik…” tulisnya.

Atikah Suhaime selamat bersalin, terus dedah nama anak

Pelakon asal Singapura berkenaan turut berkongsi terus nama yang dipilih untuk anak perempuannya, iaitu Lyla Mulan Teh.

Dapat dilihat kebahagiaan jelas terpancar di wajah pelakon berkenaan walaupun masih lagi berada di katil hospital.

image is not available

Tahniah Atikah dan suami!

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengucapkan tahniah kepada Atikah di atas anugerah yang tidak terhingga diberikan Allah S.W.T kepadanya serta suami.

Mereka juga mengucapkan selamat berpantang kepada pelakon berkenaan serta akui sangat bersyukur mendengar khabar gembira ini.

image is not available

Alhamdulillah atas kelahiran anak pertama

image is not available

Selamat berpantang Atikah!

image is not available

Sekadar info, Atikah berkahwin dengan Lokman pada Januari tahun lalu dan terbuka untuk berkongsi berkaitan kehamilannya kepada umum pada September 2024.

Sumber: Instagram therealatikahsuhaime