Atikah Suhaime Selamat Bersalin, Pilih Nama Lyla Mulan Teh - “Alhamdulillah, Anak Mami Yang Cantik”

8 Mar 2025 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Datin Atikah Suhaime selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.
 

Pilih nama Lyla Mulan Teh

 


Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Atikah menerusi hantaran terbaharu di Instagram hari ini.


 


Atikah juga turut meluahkan rasa syukur selain mengumumkan nama puteri sulungnya.


 

“Alhamdullilah. Anak Mami yang cantik, Lyla Mulan Teh,” tulisnya ringkas.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Atikah Suhaime (@therealatikahsuhaime)

 


Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan Atikah sedang memeluk anaknya sambil memandang wajahnya dan tersenyum manis.

 


Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen mengucapkan tahniah kepadanya.


 


Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada 21 Januari 2024.