Atilia Haron Pernah Rasa Diri Kurang Dihargai - “Saya Seperti Dipinggirkan…”

14 May 2025 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Atilia Haron mendedahkan dia pernah merajuk dengan industri hiburan negara kerana merasakan dirinya kurang dihargai.
 

Muzik jazz kurang dapat perhatian

Sebaliknya kata Atilia, penerimaan muzik jazz yang diperjuangkannya lebih banyak mendapat perhatian di Indonesia.

“Sebenarnya saya pernah berkecil hati dengan industri muzik Malaysia suatu ketika dahulu. Disebabkan itulah saya banyak buat kerja di Indonesia. 

“Mereka selalu menghargai bakat dan muzik saya. Malah saya juga banyak menjayakan festival muzik Indonesia, antaranya Java Jazz Festival. 

 

“Dapat menyanyi dengan penyanyi hebat selain lagu-lagu pun memasuki carta.

“Kalau di Malaysia, saya rasa seperti dipinggirkan. Lagu irama Jazz yang saya nyanyikan pun langsung tak diputarkan," jelasnya.

Atilia berkata demikian ketika  ditemui pada sidang media Konsert Gelombang Bahagiaku di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Selasa.

 

 

 

 

Terima hakikat, rezeki ada di mana-mana

Bagaimanapun kata Atilia, dia kini sudah boleh menerima hakikat mengenai hal tersebut selain berlapang dada dan percaya bahawa segala yang berlaku itu bergantung kepada rezeki.

"Tapi itu dahulu, sekarang saya sudah tidak merajuk lagi. Saya kini lebih positif dan percaya rezeki ada di mana-mana kalau rajin berusaha," ujarnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Atilia bakal bergandingan dengan ibunya yang juga penyanyi legenda, Salamiah Hassan untuk Konsert Gelombang Bahagiaku.

Konsert tersebut diadakan pada 16 Ogos depan, jam 8.30 malam di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Konsert anjuran Mujik Wand Production ini menawarkan tiket berharga RM150 hingga RM350 dan boleh dibeli menerusi laman web ticket2u.