Atlan mencatat kemerosotan hasil RM73 juta bagi 1QFY27 akibat penutupan 2 kedai bebas cukai

LocalBusiness & Finance
16 Jul 2026 • 4:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Atlan mencatat kemerosotan hasil RM73 juta bagi 1QFY27 akibat penutupan 2 kedai bebas cukai Image from: Atlan mencatat kemerosotan hasil RM73 juta bagi 1QFY27 akibat penutupan 2 kedai bebas cukai amree16/07/2026 - 16:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 16 JulaiAtlan Holdings Berhad mencatatkan penyusutan 27% hasil kepada RM73.1 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mei 2026 (1QFY27), berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

 

Menurut makluman kumpulan itu kepada Bursa Malaysia, kemerosotan berkenaan didorong penutupan kedai bebas cukai di Johor Bahru, Johor dan Langkawi, Kedah pada suku keempat tahun kewangan lalu.

 

Selain itu, pengurangan tempahan dalam segmen automotif, turut mengakibatkan untung bersih boleh diagihkan kepada pemegang saham kumpuan menjunam 96.3% kepada RM112,000 bagi tempoh tersebut.

 

"Pendapatan segmen bebas cukai jatuh 62.5% kepada RM12.1 juta, mengakibatkan kerugian sebelum cukai segmen ini sebanyak RM1.2 juta berbanding keuntungan RM2.6 juta sebelum ini," jelas Atlan.

 

Hasil segmen automotif turut susut kira-kira 15.2% kepada RM48.0 juta berikutan tempahan pelanggan yang lebih rendah bagi 1QFY27, dengan keuntungan sebelum cukai (PBT) merosot kepada RM3.7 juta.

 

Atlan_DagangNews2026

 

Segmen hartanah dan hospitality pula menunjukkan peningkatan dengan PBT sebanyak RM1.2 juta, disokong oleh kadar penginapan hotel yang lebih tinggi dan peningkatan tempahan pelbagai acara.

 

Meskipun berhadapan cabaran, Atlan mengisytiharkan dividen interim pertama satu peringkat sebanyak 5.0 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari 2027, melibatkan jumlah RM12.68 juta.

 

"Melangkah ke hadapan, kumpulan menjangkakan persekitaran perniagaan kekal mencabar sepanjang tahun kewangan 2027 akibat tekanan inflasi global menjejaskan perbelanjaan pengguna," katanya.

 

Sehubungan itu, bagi mengimbangi impak tersebut, segmen automotif syarikat berkenaan jelasnya, kini sedang berusaha meneroka kerjasama strategik dalam rantaian nilai kenderaan elektrik (EV).

 

Pada masa sama, kumpulan tersebut secara keseluruhan akan terus memperkukuh kecekapan operasi melalui kawalan kos yang ketat bagi menjana hasil dan keuntungan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved