TXCD kutip hasil RM60 juta bagi 3QFY26, naik 880% dipacu 6 projek hartanah baharu di Lembah Klang

10 Jul 2026 • 5:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

TXCD kutip hasil RM60 juta bagi 3QFY26, naik 880% dipacu 6 projek hartanah baharu di Lembah Klang Image from: TXCD kutip hasil RM60 juta bagi 3QFY26, naik 880% dipacu 6 projek hartanah baharu di Lembah Klang amree10/07/2026 - 17:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 JulaiTXCD Berhad mencatatkan lonjakan hasil 880% kepada RM60.34 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2026, berbanding hanya RM6.15 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

 

Prestasi cemerlang ini dipacu terutama permulaan enam projek hartanah baharu yang berjaya diperoleh antara April 2025 hingga Februari 2026, dengan kesemua terletak di kawasan strategik di Lembah Klang.

 

Selari dengan pertumbuhan hasil tersebut, kumpulan turut melaporkan peningkatan keuntungan bersih lebih 100% kepada RM2.26 juta, berbanding RM1.07 juta pada suku sama tahun kewangan sebelumnya.

 

"Antara projek utama menyumbang lonjakan pendapatan termasuklah Subang Pinnacle, Subang Jaya dan Setia Alam di Shah Alam, Selangor, serta Columbarium dan Lofthill di Kuala Lumpur," jelas TXCD.

 

Bagi tempoh kumulatif selama sembilan bulan pula ujarnya, syarikat berkenaan berjaya mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM6.72 juta daripada jumlah keseluruhan hasil sebanyak RM161.61 juta.

 

Meskipun mencatatkan pertumbuhan yang kukuh, perbelanjaan operasi syarikat berkenaan turut sama meningkat kepada RM2.07 juta berbanding hanya kira-kira RM0.17 juta pada tahun sebelum itu.

 

Peningkatan besar ini tambah TXCD, berpunca daripada kos tenaga kerja yang lebih tinggi selaras dengan skala aktiviti pembinaan semakin berkembang pesat dalam setiap projek pembangunannya.

 

"Mengenai prospek masa depan, Lembaga Pengarah kekal berhati-hati memberikan prestasi memuaskan bagi tahun kewangan berakhir 2026, dengan segmen pembinaan terus menjadi pemacu utama," katanya.

 

Dalam makluman itu, ia juga menyatakan permohonan berkaitan Pelan Pengawalseliaan sudah dikemuka pada 1 April 2026 dan kini masih menunggu keputusan daripada pihak berkuasa. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved