Atlet Angkat Berat Indonesia Dihempap Beban 98Kg

15 Dec 2025 • 3:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Atlet Angkat Berat Indonesia Dihempap Beban 98Kg

Sukan angkat berat wanita pada temasya Sukan SEA di Thailand dikejutkan dengan satu detik cemas apabila seorang atlet Indonesia, Sarah Aca, dihempap beban seberat 98 kilogram (kg) ketika melakukan percubaan kedua dalam acara snatch, sebentar tadi.

Dalam aksi tersebut, Sarah sebelum itu berjaya menyempurnakan percubaan pertama dengan beban seberat 95kg.

Berbekalkan keyakinan, beliau meningkatkan bebanan sebanyak 3kg untuk percubaan kedua. Namun, cubaan itu tidak berjaya apabila beliau gagal mengangkat sepenuhnya sebelum terjatuh ditindih peralatan itu.

Situasi itu menyebabkan Sarah terbaring seketika di atas lantai, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penonton. Bagaimanapun, beliau kemudiannya berjaya bangkit dan berjalan menuju ke ruang menunggu.

Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai sebarang kecederaan serius dialami atlet berkenaan, khususnya melibatkan bahagian belakang badannya.

Insiden tersebut turut mengejutkan penonton yang hadir, termasuk kontinjen Indonesia yang menyaksikan detik cemas itu secara langsung.

Semoga Sarah Aca berada dalam keadaan baik dan diberikan kesihatan yang sempurna selepas insiden berkenaan.

The post Atlet Angkat Berat Indonesia Dihempap Beban 98Kg appeared first on Siakap Keli.