Atlet Angkat Berat SUKMA Meninggal Dunia

13 Jul 2025 • 3:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Atlet Angkat Berat SUKMA Meninggal Dunia

KUALA TERENGGANU, 13 Julai (Bernama) — Atlet angkat berat Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu Siti Noralyaa Mat Marzuki, 25, meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara semalam.

Allahyarham yang pernah memenangi pingat gangsa kategori 71 kilogram pada SUKMA 2022 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira 7.40 malam di sisi ahli keluarganya.

Mat Marzuki Mat Jusoh, 51, berkata anak perempuan sulungnya itu terlantar dan dirawat di hospital berkenaan sejak Jun lepas setelah disahkan menghidap kanser payudara peringkat empat.

“Arwah menderita penyakit ini sejak Januari lepas tetapi dia merahsiakan penderitaannya kerana tidak mahu menyusahkan keluarga.

“Nor Alyaa selamat dikebumikan kira-kira 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Felda Kampung Belara,” katanya ketika dihubungi.

Sumber: BERNAMA