Atlet Dakwa Pingat Gangsa Olimpik Tak Berkualiti, Baru Seminggu Dapat Tapi Dah Luntur Warna & Terkopek

Entertainment
9 Aug 2024 • 5:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak Olimpik Paris 2024 bermula pada hujung Julai lepas, ramai atlet seluruh dunia berjaya membawa pulang pingat untuk negara mereka.

Pun begitu, seorang atlet dari Amerika Syarikat (AS), Nyjah Huston mendakwa warna pingat gangsa yang dimenanginya sudah pun rosak.

Warna pingat gangsa luntur lepas seminggu

Huston melalui Instagram Story, menunjukkan keadaan terkini pingat gangsa miliknya selepas seminggu pulang ke tanah air.

Dia yang mendapat tempat ketiga dalam acara street lelaki selepas kecundang dengan pemegang pingat emas Yuto Horigome dari Jepun dan Jagger Eaton yang juga dari AS.

Baiklah, jadi pingat Olimpik ini kelihatan hebat apabila ia serba baharu. Tapi, selepas membiarkannya melekat pada kulit dengan sedikit peluh dan membiarkan rakan saya memakainya pada hujung minggu..

Jelas pada pingat itu, warnanya nampak semakin luntur dan lusuh. Ia juga terkopek pada beberapa bahagian dan tulisan yang diukir pada pingat itu turut terjejas.

Ia nampaknya tidak berkualiti seperti yang anda fikirkan. Saya tidak tahu, pingat Olimpik, anda harus meningkatkan kualitinya.

image is not available
Sumber: instagram

Nilai pingat gangsa Olimpik Paris cuma RM58

Menurut Forbes, pingat emas untuk Olimpik kali ini adalah seberat 529 gram dengan 95.4% diperbuat daripada silver, 6 gram emas tulen dan 18 gram besi selain nilainya adalah sekitar AS$950 (RM4,250).

Bagi pingat perak, beratnya adalah 525 gram selain nilainya sekitar AS$486 (RM2,174). Manakala nilai pingat gangsa hanyalah AS$13 (RM58) selain beratnya adalah 455 gram (415.15 gram tembaga, 21.85 gram zink dan 18 gram besi).

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.