Kota Kinabalu: Kelab Olahraga Faxtive (FXAC) dari Labuan, yang bernaung di bawah Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Labuan (POWPL), mencatatkan pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Olahraga Sabah Terbuka Master Ke-13 yang berlangsung di Stadium Likas baru-baru ini.
Pasukan seramai 37 orang yang diwakili oleh atlet FXAC dan POWPL itu menamatkan saingan di tempat ke-10 keseluruhan daripada 40 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan selama dua hari terbabit.
Mereka membawa pulang sebanyak 35 pingat keseluruhan dengan lapan emas, 15 perak dan 12 gangsa.
Jessica Suip menjadi penyeri pasukan apabila mencipta rekod kejohanan dalam acara 3,000m wanita (umur 35–39), mencatat masa cemerlang 22 minit 33.25 saat untuk merangkul pingat emas.
Pemenang pingat emas lain ialah Allan Chin Ah Fatt (800m lelaki 70-74), Cecilia Ang E Chen (jalan kaki 3,000m wanita 60-64), Chong Su Kim (lempar cakera wanita 70-74), Jenny Han (lontar peluru wanita 80-84), Masry Ali (1,500m lelaki 45-49), Nourince Patrick (3,000m wanita 60-64) dan Roslina Abdul Kassim (jalan kaki 3,000m wanita 35-39).
Pingat perak disumbangkan oleh Allan Chin Ah Fatt, Amilisah Laisang, Chong Su Kim, Jenny Han, Junainah Azaman, Liew Mui Chin, Masry Ali, Noor Sofiah Raidin, Nur Aishah Pelagia, Poh Shiow Mei dan Stella Josiris manakala pingat gangsa diperoleh menerusi Amilisah Laisang, Cecilia Ang E Chen, Chong Su Kim, Japar Idris, Nur Aishah Pelagia, Poh Shiow Mei, Roslina Abdul Kassim dan Tsen Chew Moi.
Dalam kenyataan bersama Presiden POWPL, Lee Khiat Kim dan Presiden FXAC, Heng Jik Siang pada Ahad, mereka memuji pasukan yang dikendalikan oleh pengurus Misliana Shafie, Jennifer Julius dan Rosni Aliskah itu.
Mereka berkata, kejayaan dan prestasi cemerlang atlet-atlet membuktikan hasil usaha gigih, disiplin serta semangat kental mereka dalam menghadapi persaingan serantau yang sengit.
Mereka turut merakamkan penghargaan kepada JK Sports, Rumah Asap, Edran Yeo serta penaja-penaja lain yang bermurah hati memberikan sokongan.
Sementara itu, Heng turut menyampaikan penghargaan kelab kepada semua atlet, jurulatih, pengurus serta POWPL atas sokongan tidak berbelah bahagi.
Beliau berharap mereka dapat meneruskan momentum ini dan menantikan peluang untuk bersaing dalam kejohanan akan datang bagi mengharumkan nama Wilayah Persekutuan Labuan dalam arena olahraga.