Atlet Filipina Jadi Yang Pertama Rangkul Pingat Emas Bagi Wakil Negara Asean Di Sukan Olimpik Paris 2024

Entertainment
4 Aug 2024 • 10:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Atlet gimnastik lelaki Filipina, Carlos Yulo berjaya raih pingat emas pertama untuk negaranya di temasya sukan Olimpik Paris 2024 semalam.

Yulo, 24 tahun berjaya menewaskan lawannya dari beberapa negara lain dalam acara senaman lantai gimnastik itu.

image is not available

Emas yang dirangkul oleh gimnas ini merupakan pingat emas kedua buat negara Filipina dalam sukan Olimpik selepas atlet angkat berat wanita Filipina, Hidilyn Diaz berjaya meraih emas dalam Olimpik Tokyo 2020 lalu.

Yulo dilihat menitiskan air mata selepas memenangi pingat emas dalam acara tersebut.

image is not available

Lebih membanggakan lagi, difahamkan, pingat yang dimenangi oleh Carlos Yulo merupakan pingat pertama yang diraih oleh atlet dari negara-negara Asia Tenggara atau Asean di Olimpik Paris 2024 ini kerana setakat ini (ketika artikel ini ditulis) masih tiada kalungan pingat dari negara Asean lain seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan sebagainya.

Pingat gangsa acara senaman lantai gimnastik lelaki ini pula dimenangi oleh atlet dari Britain manakala atlet Is*el sekadar mampu mendapat pingat perak.

Masih ada baki lebih kurang seminggu sukan Olimpik berlangsung, semoga masih ada peluang pingat untuk Malaysia.

Malaysia Boleh!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.