Atlet IPT Sumbang Separuh Pingat Kontinjen Negara Di Sukan Asia Hangzhou 2022

9 Oct 2023 • 4:25 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ucapan tahniah tahniah dan syabas kepada kontinjen Malaysia kerana berjaya menamatkan saingan di Sukan Asia Hangzhou 2022 di kedudukan ke-14.

Atlet IPT sumbang separuh pingat

Menerusi satu kenyataan hari ini, seramai 93 atlet daripada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) menyertai kontinjen negara pada edisi kali ini.

image is not available

“Atlet IPT terus relevan menyumbang separuh daripada pingat untuk kontinjen negara dengan 17 pingat (53.13 peratus) melalui pungutan tiga emas, lima perak dan sembilan gangsa,” tulis kenyataan tersebut.

Kontinjen Malaysia yang dibarisi seramai 289 atlet berjaya merangkul 32 pingat merangkumi enam emas, lapan perak dan 18 gangsa sekaligus mengatasi 27 pingat yang disasarkan sebelum ini.

Sementara itu, sebanyak 13 jenis sukan menyumbang kepada keseluruhan 32 pingat iaitu terjun, badminton, berbasikal trek, e-sukan, ekuestrian, gimnastik artistik, karate, memanah, olahraga, pelayaran, sepak takraw, skuasy dan wushu.

image is not available

KPT berkata, kejayaan atlet IPT ini pastinya disebabkan oleh galakan dan usaha berterusan daripada pihak mereka bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) serta pusat-pusat sukan IPT.

Malah, KPT juga akan terus komited untuk membangunkan bakat pelajar dan menjadi pemangkin pencapaian cemerlang atlet negara ke peringkat tertinggi.