Atlet Jual Semula Telefon Lipat Samsung ‘Limited Edition’ Edisi Olimpik Dengan Harga Lebih RM40,000

TechnologySports
7 Aug 2024 • 2:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, setiap atlet yang sertai Sukan Olimpik Paris 2024 dihadiahkan sebuah telefon bimbit lipat jenama Samsung iaitu Galaxy Flip 6 Edisi Terhad.

Telefon edisi khas untuk atlet Olimpik Paris 2024

Difahamkan, seramai 17,000 atlet telah menerima telefon bimbit tersebut bagi mempromosikan ia hingga ke peringkat antarabangsa.

Dapat dilihat, telefon Galaxy Flip 6 ini direka khas berwarna emas bersama logo Olimpik dan didatangkan bersama case kulit.

image is not available

Atlet Olimpik jual telefon harga mahal

Melalui laporan The Vocket, sebahagian atlet Olimpik difahamkan telah mula menjual semula menerusi bidaan di platform eBay.

Secara purata, harga telefon itu bermula dengan bidaan $1000 (RM4,457.32) atau menjual dengan harga yang sudah ditetapkan sebanyak $10,000 (RM44,573.21).

image is not available

Dalam pada itu, ada juga atlet yang menjual dengan harga yang lebih murah sekitar harga $6,900(~RM31,008).

image is not available 2 days ago

Julang Pingat Gangsa, Tiga Atlet Negara Dah 'Confirm' Dapat Habuan SUV Chery