Atlet kayak alami kecederaan serius dilanggar pemandu mabuk & diseret 600 meter

15 May 2024 • 9:41 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang atlet kayak Malaysia mengalami kecederaan serius apabila dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di lebuh raya EDL.

Kejadian tersebut dikongsikan menerusi hantaran oleh Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Instagram.

Menurut saksi, pemandu sebuah kereta jenis Toyota disyaki memandu dalam keadaan terhuyung hayang sebelum melanggar mangsa.

“Mangsa diseret sejauh lebih kurang 600 meter,” tulis hantaran berkenaan.

Siti Nurul Masyitah merupakan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Johor ketika itu menaiki motosikal, dikatakan sering berulang alik dari Politeknik ke rumahnya kerana menjaga ibu bapanya yang tidak sihat.

Ibu mangsa dikatakan mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan, manakala bapanya pula tidak sihat dan memerlukan rawatan dialysis.

Mangsa kini dirawat di Hospital Calombia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli memberikan respon melalui hantaran berkenaan. Katanya, pihak Kementerian Belia dan Sukan akan berhubung dengan keluarga mangsa dan sedia hulurkan bantuan yang diperlukan.

Sumber: Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal