Atlet Malaysia Pecah Rekod Dunia, Lompat Setinggi 1.52m Dari Posisi Duduk

Entertainment
25 Oct 2022 • 3:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mencipta rekod dunia adalah satu pencapaian yang agak sukar untuk dicapai setiap orang. Sekiranya kita berjaya memecah rekod dunia, bukan setakat diri sendiri sahaja yang bangga, malahan negara kita pun turut harum di mata dunia.

Itulah yang berjaya dilakukan oleh atlet kriket Malaysia, Harinder Sekhon selepas berjaya mencipta rekod dunia dan diiktiraf Guinness World of Records. Beliau berjaya membuat lompatan dari posisi duduk setinggi 1.52 meter baru-baru ini.

Tahniah Harinder!

Kami di Lobak Merah ingin mengucapkan tahniah kepada Harinder kerana telah berjaya melakar nama dan memecahkan rekod dunia. Bukan senang tu nak lompat tinggi-tinggi macam tu, dari posisi duduk pulak tu kan. Hebat!

image is not available

Hebat betul boleh lompat tinggi macam tu kan. Usaha dan latihan yang sangat berbaloi selepas berjaya buat lompatan dan pecahkan rekod dunia.

image is not available

Mungkin boleh apply untuk jadi Spiderman kot. Boleh lompat sana sini. Tempat tinggi pun mesti boleh lompat punya lah kan.

image is not available

Teruskan mengharumkan nama Malaysia, Harinder. Kami semua berbangga dengan pencapaian anda.

Untuk rekod, Harinder juga adalah pemegang rekod dunia dengan pengiktirafan dari Guinness World of Records untuk lompatan paling tinggi dengan sebelah kaki. Rekod itu telah dilakarkan beliau pada Mei 2021 dengan ketinggian 1.384 meter.

image is not availableimage is not availableimage is not available

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.