Atlet Muda Sarawak, Pauline Ului Raih Emas Dalam Lempar Cakera Di SUKMA 2024

21 Aug 2024 • 3:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Long Bedian Catat Sejarah

Atlet dari Sarawak, Pauline Ului, mencipta sejarah dengan memenangi pingat emas dalam acara lempar cakera wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang berlangsung di Stadium Sarawak semalam.

Pauline, yang masih menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Bedian, Ulu Baram, mencatatkan jarak lemparan 38.50 meter, meletakkannya di tempat teratas kalangan pesaing.

image is not available

Minatnya terhadap sukan lempar cakera telah dipupuk sejak mula memasuki sekolah menengah.

Dengan kejayaan ini, beliau mengatasi lawannya, Farhana Izurein Faizal Amizul dari Perlis dengan jarak lemparan 38.41 meter dan Sasha Alyssa Philip dari Selangor yang mencatatkan lemparan sejauh 37.62 meter. Masing-masing pulang dengan pingat perak dan gangsa untuk negeri mereka.

Dalam satu temubual ringkas, Pauline berkongsi bahawa minatnya terhadap sukan lempar cakera telah dipupuk sejak mula memasuki sekolah menengah. “Kejayaan ini saya tujukan khas untuk sekolah saya, SMK Long Bedian di Ulu Baram,” katanya. Menurut beliau lagi, perjalanan dalam sukan ini bermula kira-kira tiga tahun lalu, seawal beliau memasuki Tingkatan 1.

Tahniah diucapkan kepada Pauline atas kejayaan yang membanggakan ini.

Baca juga artikel berkaitan di bawah: