Atlet negara cipta kejutan, rangkul emas Kejohanan Boling Remaja Asia

27 Jul 2025 • 9:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Atlet boling muda negara Qurratu’Ain Izdihar Mohd Pozi mencipta kejutan apabila menewaskan wakil China, Li Yiru dengan kelebihan hanya satu jatuhan pin untuk menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Remaja Asia ke-24 di Doha, Qatar hari ini.

Qurratu’Ain, yang mempamerkan aksi tenang dan konsisten sepanjang enam permainan, mencatatkan jumlah keseluruhan 1,239 jatuhan pin – satu mata mengatasi Li yang mengumpul 1,238 pin.

Pingat gangsa dimenangi pemain Taiwan, Ho Yi Qing yang meraih 1,205 pin.

Dua lagi wakil negara turut menunjukkan persembahan membanggakan apabila Adelia Nur Syazalee menamatkan saingan di tempat keempat dengan 1,197 pin, manakala Balqis Nurdhini Khairul berada di kedudukan kelima dengan 1,190 pin.

– BERNAMA

image is not available
Atlet boling negara Qurratu’Ain Izdihar Mohd Pozi (tengah) menewaskan wakil China, Li Yiru dengan kelebihan hanya satu jatuhan pin untuk menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Remaja Asia ke-24 di Doha, Qatar pada 27 Julai 2025. Foto Facebook Bowling Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved