Atlet olahraga perlu aksi kelas A

2 Nov 2026 • 10:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Atlet olahraga perlu aksi kelas A

MALAYSIA sebenarnya memiliki barisan atlet olahraga berkualiti, namun potensi mereka perlu digilap menerusi pendedahan lebih meluas dalam kejohanan antarabangsa bertaraf tinggi bagi meningkatkan kemampuan bersaing di pentas dunia.

Bekas atlet pecut negara, Nazmizan Muhammad berkata, atlet yang sudah melepasi had kelayakan perlu diberikan peluang menyertai kejohanan bertaraf Gred A dan bukannya sekadar dihantar ke pertandingan yang kurang kompetitif.

Menurut pemenang pingat emas acara 100 meter Sukan SEA Hanoi 2003 itu, Malaysia tidak seharusnya terlalu mengejar kemenangan dalam kejohanan kecil sehingga mengabaikan keperluan atlet untuk menguji kemampuan menentang barisan pelari elit antarabangsa.

“Bagi saya, kita sebenarnya mempunyai material atlet yang bagus, tetapi persoalannya sekarang ialah bagaimana kita mahu membangunkan mereka supaya mampu mencapai tahap lebih tinggi kerana kejayaan memerlukan pelaburan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Beliau mengambil contoh pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi yang perlu diberikan sokongan menyeluruh termasuk peluang menjalani latihan bersama jurulatih berkualiti serta menyertai kejohanan antarabangsa yang menawarkan tahap persaingan lebih tinggi.

Image from: Atlet olahraga perlu aksi kelas A
Azeem Fahmi

Nazmizan berkata, penyertaan dalam kejohanan bertaraf Gred A mungkin tidak menjanjikan kemenangan, namun pengalaman bersaing dengan atlet terbaik dunia lebih penting untuk membantu pelari negara memperbaiki catatan masa dan meningkatkan prestasi.

“Tidak mengapa jika atlet kita menyertai kejohanan Gred A dan hanya mendapat tempat kelima atau kelapan, asalkan catatan masa mereka menunjukkan peningkatan kerana itulah yang kita mahu lihat untuk membawa mereka ke tahap lebih tinggi,” jelasnya. KOSMO! ONLINE

The post Atlet olahraga perlu aksi kelas A appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved