Atlet Olimpik Maut Selepas Beberapa Hari Bertarung Nyawa Akibat Dibakar Hidup-Hidup Oleh Teman Lelaki

6 Sep 2024 • 1:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Atlet Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei dilaporkan maut selepas beberapa hari bertarung nyawa akibat dibakar hidup-hidup oleh teman lelakinya pada 1 September lepas.

Menurut laporan, atlet berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan parah disebabkan perbuatan kejam lelaki bernama Dickson Ndiema itu.

Pemangku Ketua Hospital Pengajaran dan Rujukan Moi (MTRH) memaklumkan, Rebecca melecur di bahagian kulitnya sebanyak 80 peratus dan semua organnya tidak berfungsi.

image is not available

Dickson didakwa telah menyerang Rebecca pada Ahad lalu sebelum menyimbah petrol ke atasnya dan membakar mangsa di rumahnya di Endebess, daerah barat Trans-Nzoia.

Media tempatan melaporkan salah seorang anak Rebecca menyaksikan serangan itu dan berkata Dickson menghalangnya untuk menyelamatkan ibu.

image is not available

image is not available

Dia menendang saya ketika saya cuba berlari untuk menyelamatkan ibu.

image is not available

Difahamkan, Dickson juga turut tercedera dalam kejadian tersebut dengan melecur sebanyak 30 peratus pada tubuhnya dan dilaporkan telah ditahan polis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

Dua Atlet Korea Utara Mungkin Akan Dihukum Kerana ‘Selfie’ Dengan Atlet Korea Selatan Di Olimpik Paris 2024