Atlet para renang raih emas kejohanan siri dunia renang di Singapura

30 Apr 2023 • 9:39 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 30 APRIL: Atlet para renang negara, Brenda Anellia Larry meraih pingat emas menerusi acara 150 meter (m) rampaian individu wanita pada hari pertama Kejohanan Siri Dunia Renang Para Singapura 2023 di Pusat Akuatik OCBC, semalam.

Menurut laman web kejohanan https://www.titanium-sportservice.de/, atlet berusia 18 tahun yang beraksi dalam kategori SM 1-4 (kecatatan fizikal) itu mencatatkan masa 4 minit 13.63 saat (s) sekali gus mengenepikan cabaran atlet Brazil, Susana Schnarndorf yang merekodkan 5:19.35s.

Pertandingan tersebut hanya disertai Brenda dan Susana.

Mengikut format pertandingan, hanya Brenda yang menerima pingat apabila acara terbabit kurang daripada tiga peserta menyertainya.

Kejohanan Siri Dunia Renang Para 2023 di Singapura berlangsung hingga esok.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved