Atlet Raih Pingat Di Olimpik Paris Bakal Terima Hadiah SUV Chery

19 Jun 2024 • 5:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Mana-mana atlet negara yang membawa pulang pingat pada Sukan Olimpik Paris 2024 bakal terima hadiah lumayan berupa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama dari China iaitu Chery.

Memetik laporan Bernama, Presiden Chery Malaysia, Leo Chen mengumumkan atlet yang membawa pulang pingat akan menerima kenderaan automotif daripada pihaknya.

Atlet raih pingat di Olimpik Paris bakal terima hadiah SUV Chery

image is not available

Foto: Bernama

Perkara tersebut dimaklumkan pada majlis pemeteraian kerjasama di antara Chery Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) di Kuala Lumpur pada Rabu.

Hadiah ini diberikan dijadikan sebagai motivasi disamping untuk menghargai usaha para atlet yang bertanding semasa Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.

“Kita tahu mereka berusaha keras dalam masa yang panjang untuk persediaan ke temasya sukan ini. Kami mempunyai harapan tinggi bahawa tahun ini Malaysia akan mendapat pingat emas pertamanya yang sangat diingini selama ini.

“Kepada kontinjen Malaysia, anda tahu bahawa Cherry Malaysia akan memberi sorakan kepada anda pada setiap jejak perjalanan anda,” katanya semasa majlis itu.

image is not available

Tambahnya, hadiah itu berupa SUV Tiggo 8 Pro bagi atlet yang membawa pulang pingat emas, Omoda E5 untuk pemenang pingat perak, manakala atlet yang membawa pulang pingat gangsa akan menerima Tiggo 7 Pro.

Sementara itu, Ketua Pengarah MSN iaitu Abdul Rashid Yaakub mengharapkan perkhabaran itu dapat merangsang atlet untuk memberikan yang terbaik.

Disamping itu, beliau turut berharap para atlet juga dapat membanggakan negara pada temasya yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Sumber: Bernama