ATM batal pembelian 4 helikopter Black Hawk

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 10:53 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan pembelian empat helikopter Black Hawk bernilai RM187 juta telah dibatalkan susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata, ATM akur dengan hasrat baginda yang menolak cadangan pembelian aset udara berusia lebih 30 tahun itu.

“ATM sentiasa menjunjung dan akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan pembelian helikopter Black Hawk lama yang kebanyakannya berusia lebih 30 tahun. Kita tidak akan mengusulkan (helikopter) Black Hawk pun dan telah mengambil maklum hasrat Tuanku. Tender sudah pun keluar,” katanya.

Baca juga:

Titah YDPA

Sebelum ini, Sultan Ibrahim menitahkan agar cadangan pembelian helikopter terpakai berusia lebih 30 tahun itu dihentikan, dengan mengingatkan Kementerian Pertahanan supaya tidak mengulangi kesilapan membeli aset lama seperti pesawat Sky Hawk sebelum in

“Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat Sky Hawk secara ‘second hand’. Adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam ‘keranda terbang’? Awak fikirlah sendiri.

“Saya percaya ini semua berlaku kerana di Kementerian Pertahanan penuh dengan ‘agent’ atau bekas Jeneral yang menjadi ‘salesman’ malah ada syarikat penjual kain pun masuk hendak jual ‘ drone’.

“Kalau semua pembelian kena ikut harga orang tengah maka peruntukan yang ada tidak akan cukup. Oleh itu, jangan cuba nak temberang saya. Jika tidak mahu dengar cakap saya, selepas ini saya tidak akan menegur lagi,” titah baginda menerusi catatan di Facebook.